Muo 10s meriah

7 Mac 2018 – 48 pasukan daripada 3 kategori berlainan mengambil bahagian dalam Muo 10s 2018 Mereka bermain untuk merebut Piala Dato’ Razali. Kejohanan satu hari itu menyaksikan 16 pasukan bersaing dalam setiap kategori. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan.


Dalam kategori kelab terbuka, Predators C terbukti berada di kelas mereka sendiri apabila mereka membenam kesemua lawan mereka sepanjang kejohanan. Mereka memulakan hari di Pool C bersama 2 lagi pasukan yang baik, BP Jokers, dan Apachee. Kedua-dua pasukan itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang masalah kepada Predators C dengan mereka mencatat kemenangan 26-0 ke atas BP Jokers dan 17-0 ke atas Apachee.

Itu meletakkan mereka di kedudukan teratas. 2 try dan 2 conversion memastikan mereka mara ke separuh akhir apabila mereka mengalahkan Since 92 di suku akhir. Meski beraksi baik di peringkat kumpulan, SAJOHA Vikings tidak dapat mencabar Predators C ketika mereka tunduk 0 – 28. Predators C berhadapan Kluang RC di final.

Perlawanan akhir sengit yang dijangka dengan Predators C menunjukkan kehebatan mereka. Predators C menjulang Piala Dato ‘Razali selepas menang 17 – 7 ke atas Kluang RC pada perlawanan akhir.

Untuk kategori Bawah 17, SMK Seri Mersing meneruskan kejayaan mereka kerana mereka memenangi gelaran ke-3 dalam masa dua minggu. Seri Mersing menjuarai MCKK 7 sebelum mereka menjadi juara MSS Johor beberapa hari sebelum kejohanan ini. Cabaran terbaik mereka datang dalam daripada pasukan tuan rumah kejohanan, MRSM Muar di separuh akhir. Mereka memenangi perlawanan separuh akhir 12 – 5.

Seri Mersing tidak berhadapan banyak masalah dan mengawal permainan dengan baik sepanjang perlawanan akhir. Mersing mengatasi Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Mereka menjaringkan 3 try untuk memenangi perlawanan 15 – 0. Ini merupakan gelaran kedua berturut – turut Seri Mersing di Muo 10s

Kategori wanita turut menyaksikan 16 pasukan bersaing dalam acara touch rugby.. Kelab GRR dari Kuala Lumpur menjadi juara selepas mereka mengatasi Sekolah Sultan Ismail dari Johor Bahru dengan satu cubaan.

Penaung kelab COBRAZ, Dato Seri Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Muar di Negeri Johor yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menghadiri dan menyampaikan trofi kepada pemenang.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Ragbi MSSM Muar dibawah pimpinan Noor Amin Ramlan yang juga Penyelaras Kejohanan dengan kerjasama Kelab Ragbi Cobraz Muar di bawah pimpinan Mohd Dzulkarnain Saim sebagai Presiden Cobraz Rugby.

Foto oleh Fadzil Daud

Leave a Reply

Next Post

Twice for Terengganu

12 March 2018 – Terengganu continues their excellent form to win the Women Open category at the Naza National 7s Series. That is the second straight title in a week time after they secured the same category during the 1st series which took place at Hang Tuah Stadium, Melaka. Terengganu […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: