STAROBA mulakan kempen Alumni Veteran dengan langkah kanan

14 Januari 2018 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman Old Boys Association (STAROBA) memulakan Liga Ragbi Alumni Veteran dengan nota positif. Mereka merekodkan kemenangan dalam pertemuan pembukaan menentang Old Putra Associate (OPA).

STAROBA menewaskan OPA 29-10 dalam perlawanan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia. STAROBA selesa memimpin perlawanan 15 – 0 dari dua try, satu conversion serta penalti. OPA akhirnya berjaya menembusi STAROBA untuk menjaringkan satu-satunya percubaan mereka dalam perlawanan itu.

STAROBA terus menguasai dan memimpin. Mereka menambah satu lagi percubaan dan menyempurnakan conversion dengan OPA menambah 3 lagi mata dari penalti. Skor 29 – 10 kekal sehingga wisel akhir untuk STAROBA mencatat kemenangan pertama.

Perlawanan ini menyempurnakan perlawanan minggu pertama Liga Rugbi Alumni Veteran pertama 2018. Pasukan Veteran ASAS kemenangan terbesar dalam pertandingan minggu pertama, menang 41 – 24 mengatasi STJOBA. Mereka mendahului kumpulan B dengan perbezaan mata kerana kedua-dua ASAS dan STAROBA mengumpul 5 mata daripada perlawanan minggu pertama. STJOBA akan menghadapi satu lagi tugas sukar kerana mereka akan menentang STAROBA dalam perlawanan kedua manakala ASAS akan menghadapi OPA pada hari yang sama.

Dalam Kumpulan A, SDARA menadi pendahulu awal kumpulan dengan mengatasi SMSsOB 23 – 15 dalam perlawanan pertama. Mereka mendahului VIOBA yang turut mencatat kemenangan pertama apabila mereka mengatasi KKB Greatwall 14-10 dalam perlawanan mereka. KKB akan menghadapi pemimpin kumpulan, SDARA dalam perlawanan kedua manakala VIOBA akan menguji SMSsOB. Semua perlawanan minggu ke 2 akan dimainkan pada 3 Februari.

Anda boleh melawat http://ragbionline.com/tournament/liga-ragbi-alumni-veteran/ untuk melihat kedudukan kumpulan semasa dan perlawanan akan datang Liga Ragbi Alumni Veteran 2018.

Gambar oleh Zainuddin Mamat untuk STAROBA

Leave a Reply

Next Post

National players, Angels give back.

16 January 2018 – With more than 200 teams confirmed the participation in the upcoming National Rugby Development Program (NRDP) festival, it will be a big task to the organizer to make the festival run as smooth as possible. More than 3300 players will be in Universiti Putra Malaysia (UPM) […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: