Under 19 sedia beraksi

11 Disember 2017 – Pasukan Malaysia Under 19 kini bersedia untuk menentang United Arab Emirates pada separuh akhir Asia Rugby Championship Under 19 – Division 1 2017. Pasukan itu diraikan oleh Exco Kesatuan Ragbi Malaysia dan Persatuan Ragbi Melaka (Baru) di majlis makan malam di Restoran Melayu Melaka malam tadi.

Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Pemuda UMNO Melaka, YB Senator Dato Zali bin Mat Yasin turut menghadiri majlis makan malam itu. Beliau berkata “Kami mengalu-alukan sebarang aktiviti ragbi kebangsaan di Melaka. Kami akan memberi sokongan penuh kepada ragbi kerana kami menyedari sukan ini mencipta individu yang berjaya untuk Malaysia.” YB turut menyampaikan saguhati dari Persatuan Ragbi Melaka (Baru) kepada 3 pemain Melaka yang diketuai oleh Muhammad Sameer.

Pengarah Kejohanan Kesatuan Ragbi Malaysia, Fahmy Jalil yang turt hadir semasa majlis makan malam itu memperlihatkan kepercayaannya terhadap skuad ini. Dia yakin pasukan itu akan mara ke perlawanan akhir dan muncul juara. Beliau mahu Malaysia Di bawah 19 dinaikkan kembali ke ARC Under 19 championship dan bersaing untuk pusingan kelayakan Piala Dunia Under 20 pada tahun 2018.

The Young Hibiscus juga menerima penajaan pita sukan dari syarikat pita sukan tempatan, ATF Sports Taping semasa makan malam.

Pasukan bawah 19 telah mengadakan persiapan terakhir mereka di Politeknik Merlimau, Melaka. Mereka akan berada di dalam penerbangan pertama ke Manila pada 12 Disember dan mempunyai satu hari untuk menyesuaikan diri sebelum perlawanan separuh akhir menentang Emiriyah Arab Bersatu.

Kapten pasukan, Mohammad A’aziem Badaruddin yakin pasukannya boleh memenangi gelaran. A’aziem tidak asing dengan kontinjen bawah 19 tahun. Dia bermain di kejohanan 2016 di mana Malaysia menduduki tempat ke-4. A’aziem juga merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia Under-20 di bawah 20 yang bersaing di Asia Rugby Sevens di Hong Kong beberapa bulan lalu.

Kesuluruhan pasukan kelihatan tenang dan bersedia bersaing. Mereka berada dalam keadaan mental yang baik dan gembira dengan semua penyediaan sebelum permainan.

Leave a Reply

Next Post

Parents joined coaches in medical course

11 December 2017 – 10 women and 5 men completed their Medical Level 1 FAIR Course. The 1-day course took place at the COBRA Rugby Club House. The course was organized by the COBRA Rugby Club in collaboration with the Malaysia Rugby Union. It was attended by the COBRA and […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: