Permulaan Positive

10 Disember 2017 – Malaysia melepasi perlawanan ujian mereka dengan baik apabila mereka mengatasi kelab tempatan, KL Tigers awal petang ini. Perlawanan itu berlangsung di Padang Bellamy, TUDM Kuala Lumpur.

Malaysia sememangnya dijangka untuk menang perlwanan persahabatan pertama ini. Pasukan kebangsaan memenuhi ramalan apabila mempamerkan prestasi yang baik untuk mengalahkan Tigers 43 – 5.

Mereka menyenaraikan sebilangan pemain baru ke dalam 15s pertama pasukan. Pemain seperti Lawrence Petrus, Nas Affie dan Hamizan Roslie membalas kepercayaan dan cabaran yang diberikan dengan baik dan menunjukkan bahawa mereka memiliki kemahiran diperlukan untuk bermain untuk Malaysia. Pasukan itu turut mengalu-alukan hero pada tahun 2016, Mohd Azmir Zanul Abidin yang mengalami kecederaan dalam perlawanan pertama ARC Division 1 tahun ini.

Kapten Malaysia, Mohd Syahir Asraf berjaya memimpin pasukan dalam perlawanan itu. Dia bermain dengan baik sebagai flyhalf.

Jurulatih Malaysia, Lee Nyuk Fah mengakui bahawa dia masih mencari pemain untuk bermain di beberapa posisi tertentu. Mereka mengadakan perlawanan ini sebagai sebahagian persediaan umum dengan aspek individu sebagai tujuan utamanya. Ini terutama untuk para pemain baru yang perlu membiasakakan diri dengan rancangan permainan dan taktikal Nyuk Fah.

“Ia adalah program enam bulan yang meliputi kekuatan & penyesuaian, taktikal, teknikal dan mental. Kami gembira mendapat sokongan penuh dari ISN dan MSN dari segi aplikasi saintifik, pemakanan, psikologi serta analisis individu dan permainan.” tambah Lee Nyuk Fah.

Pasukan kebangsaan masih berharap untuk terbang ke New Zealand selama 3 minggu pada bulan Mac 2018 kerana mereka menyedari mereka perlu meningkatkan permainan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Hong Kong dan Korea Selatan mempunyai standard yang tinggi kerana pemain mereka bermain secara profesional.

Gambar oleh Zainuddin Mamat

Leave a Reply

Next Post

Under 19 ready to rumble

11 December 2017 – Malaysia Under 19 is ready to take on the United Arab Emirates in the semi-final of the Asia Rugby Championship Under 19 – Division 1 2017. The team was celebrated by the Malaysia Rugby Union exco and Persatuan Ragbi Melaka (Baru) in a dinner at the […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: