Malaysia akhiri kejohanan dengan cemerlang

30 November 2017 – Malaysia menunjukkan peningkatan yang baik pada hari kedua Asia Rugby Under 17 Girls in the Pre-Youth Olympic Qualifier di Dubai. Pasukan itu mempamerkan prestasi yang lebih baik terutamanya dalam dua perlawanan terakhir menentang pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu, dan Filipina.

Walau bagaimanapun, Malaysia gagal untuk memenangi perlawanan pertama mereka. Pemain Malaysia menjaringkan try pertama menerusi Bertanila Jubir pada hari kedua untuk mendahului Laos. Mereka tidak berjaya untuk mengekalkan momentum apabila Laos bangkit dengan 2 try pada setiap separuh masa. Laos menewaskan Malaysia 10 – 5.

Malaysia akhirnya memenangi perlawanan pertama mereka dalam kejohanan dalam perlawanan ke-4 mereka. Mereka beraksi lebih baik dari pasukan tuan rumah kejohanan, Emiriah Arab Bersatu dengan kemenangan 22-0. Kapten Malaysia, Shania Baduk memecah kebuntuan ketika dia menjaringkan try pertama pada minit ke-2. Siska Sonny yang beraksi cemerlang menambah dua lagi percubaan pada setiap separuh sebelum Heley Halim memastikan kemenangan untuk Malaysia dengan try ke 4 pada minit terakhir perlawanan.

Malaysia mendominasi perlawanan terakhir menentang Filipina. Mereka bermain cemerlang dan mempamerkan potensi sebenar ketika mereka membenam lawan terakhir mereka dengan 41-0. Shania Baduk menyumbangkan 11 mata ketika mencetak satu try dan menyempurnakan 3 conversion dalam perlawanan terakhir. Siska Sonny turut bermain dengan hebat untuk menjaringkan dua try. Bertanila Jubir juga turut menghasilkan try ketiga dalam kejohanan itu manakala Diana Muhamad Jaafar, Feladeefia Jestin dan Heley Halim menjaringkan satu try masing-masing dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Malaysia

 Puan Seri Diana Diego, ketua kontinjen dan pasukan no 1 penyokong. [/ Caption]

Malaysia menduduki tempat ke-10 daripada 12 pasukan bersaing. Ia boleh dianggap sebagai prestasi yang baik dengan majoriti pemain berusia 16 tahun dan mereka hanya mempunyai latihan selama 2 bulan sebelum permainan.

20 orang Malaysia yang bekerja di Dubai juga turut hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.

 Malaysia contingent [/ caption]

Pasukan pilihan utama Jepun seperti dijangka muncul juara apabila mereka mengalahkan China pada perlawanan akhir. Jepun bangkit dari ketinggalan satu try untuk menewaskan China 17 – 7. Pasukan wanita Jepun akan menyertai pasukan lelaki mereka yang akan turut bersaing dalam Olimpik Pra-Pemuda di Buenos Aires, Argentina tahun depan.

Leave a Reply

Next Post

D-day for 45 Under 19 players

2 December 2017 – 45 players who received the call-up to represent Malaysia Under 19 team will know their fate by the end of today. They will represent the national team for the upcoming Asia Rugby Championship Under 19 – Division 1 in Manila, Philippines later this month. The list […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: