Presiden KRM Impikan pasukan dari Malaysia dalam IPRC

RO

10 November 2017 – Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyimpan harapan tinggi dalam penyertaan pasukan dari Malaysia dalam Indo Pacific Rugby Championship (IRPC) akan datang. Terdapat banyak kesan positif mengenai cadangan kejohanan.

Datuk Shahrul berkongsi pendapat beliau berkaitan kejohanan itu “Malaysia Rugby teruja dengan rancangan dan pengenalan Indo Pacific Rugby Championship. Ini satu peluang untuk pemain tempatan dan pelatih terdedah kepada tahap permainan dan persediaan kelas dunia.
IPRC pada tahun 2019 akan menampilkan 6 kelab dalam kejohanan dan kami berharap akan mempunyai pasukan IPRC yang berpangkalan di Malaysia. Usaha besar untuk membangun dan menyediakan peluang untuk ragbi profesional untuk rantau Asia dan mengambil permainan ke tahap tertinggi. “

Beliau berpendapat penglibatan pasukan untuk kejuaraan itu dengan jelas dapat membantu mengembangkan taraf ragbi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

IRPC akan bermula pada 2019 dan ia bergantung kepada penganjur untuk memilih 5 pasukan untuk menyertai kejohanan. Mereka akan memilih berdasarkan pentadbiran, kapasiti stadium, tahap pemain tempatan serta sokongan dari Kesatuan.

Western Union sebagai tuan rumah kejohanan akan dimasukkan secara automatik. Dalam usaha untuk memilih lima pasukan, IRPC akan menganjurkan pelbagai permainan persahabatan pada 2018.

Keris Conlay, Kelab Ragbi Eagles, COBRA merupakan beberapa kelab yang berkeupayaan untuk memenuhi semua standard yang ditetapkan oleh IRPC. Kesatuan Ragbi Malaysia perlu memberikan segala jenis bantuan untuk memastikan kelab dari Malaysia mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Indo Pacific pada 2019.

Leave a Reply

Next Post

Meet Abbygale - Malaysia women referee on the raise

11 November 2017 – Rugby fans who came to the COBRA 10s Ladies last week will certainly notice a rare sight of a girl as the referee for rugby matches. Abbygale Rayone Michael Lojinggu is a qualified woman referee in Malaysia. This 21 years old came all the way from […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: