Hibiscus terima lawatan mengejut KJ

RO

8 November 2017 – Pasukan Malaysia 15 yang sedang menjalani latihan pusat fasa kedua menerima kunjungan mengejut pagi ini. Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin meluangkan sedikit masa dari jadual sibuknya untuk bertemu dengan pasukan.

Pertemuan berlangsung di Institut Sukan Negara (ISN) di mana pasukan kebangsaan sedang dalam sesi strength and conditioning mereka yang diketuai oleh pasukan dari ISN. YB KJ sendiri yang aktif dalam sukan menluangkan masa untuk memberi ucapan perangsang kepada para pemain tentang staf pelatih.

[/ video]

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin memberi kerjasama penuh dengan bantuan ISN dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam memastikan pasukan itu mempunyai persediaan yang rapi untuk perlawanan pusingan kelayakan.

Ini berlaku pada waktu yang tepat ketika sukan ragbi berkembang dengan pesat dan memerlukan sokongan dari kerajaan.

2017 telah menjadi tahun yang cemerlang untuk ragbi dengan pasukan 15s memenangi Kejohanan Ragbi Asia – Division 1 untuk kali kedua berturut-turut. Pasukan 7s juga menjadikan cemerlang apabila pasukan lelaki memenangi Emas manakala pasukan wanita mendapat pingat Gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini.

Foto dan video dari Encik Raimi Yusof

Leave a Reply

Next Post

From Our Lens : SSTMI - Champion in need of support

9 November 2017 – When we talk about Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, each rugby fans across Malaysia knows how important that school is in producing great players that went on to play for Malaysia. 9 out of 12 national players who bag Gold during the 2017 Kuala Lumpur SEA […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: