Wan Mohammad Asyraf terima anugerah Naib Canselor

RO

3 November 2917 – Pemain kebangsaan, Wan Mohammad Asyraf menerima Anugerah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau menerima anugerah tersebut semasa Majlis Konvokesyen Ke-59 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang paling cemerlang dari setiap fakulti, program arus perdana UTMSPACE dan juga program sambilan yang telah memenuhi kriteria dan syarat pemilihan yang ditetapkan oleh universiti. Setiap penerima dari fakulti dan UTMSPACE akan menerima anugerah itu dalam bentuk pingat, wang tunai, dan Sijil Penghargaan.

Wan Mohammad Asyraf dipilih sebagi pelajar paling cemerlang Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam). Dikenali sebagai Cerap di kalangan kawannya, dia juga menerima Anugerah Dekan. Anugerah ini diberikan kepada graduan yang memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas.

2017 telah menjadi tahun yang cemerlang untuk Cerap. Dia beraksi buat kali pertama untuk Malaysia di dalam Kejohanan Ragbi Asia Division 1 di Ipoh. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia memenangi ARC Division 1 untuk kali kedua berturut-turut. Cerap juga membantu Johor memenangi Piala Agong yang kedua. Mereka beraksi cemerlang setelah ketinggalan untuk mengalahkan pasukan tuan rumah, Terengganu pada perlawanan akhir.

Wan Mohammad Asyraf perlu terus beraksi cemerlang pada 2018. Dia dijangka menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia dalam usaha memenangi Kejohanan Ragbi Asia Ragbi Premier menentang Hong Kong dan Korea Selatan dalam usaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Ragbi Jepun pada tahun 2019.

Kami doakan yang terbaik untuk Wan Mohammad Aysraf di masa hadapan.

Leave a Reply

Next Post

The 70th SCC 7s start today

3 November 2017 – One of the world¹s three oldest rugby sevens international tournament – the Singapore Cricket Club International Rugby Sevens (SCC7s) celebrates its 70th edition this year and all media are invited for a weekend of world-class rugby at the Padang. Asia¹s longest running sevens event will showcase […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: