PRESS RELEASE – PEMERGIAN BINTANG RAGBI KEBANGSAAN MENDIANG JIMMY CARTER BIN RAPHAEL 1977-2016

RO

KESATUAN RAGBI MALAYSIA
(MALAYSIA RUGBY UNION) UNDER THE ROYAL PATRON
HIS MAJESTY SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

PRESS RELEASE
PEMERGIAN BINTANG RAGBI KEBANGSAAN MENDIANG JIMMY CARTER BIN RAPHAEL 1977-2016

Pada 5hb November 2016, negara telah kehilangan seorang bintang ragbi tanahair, mendiang Jimmy Carter. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Papar, Sabah selepas rebah di kediamanya pada hari yang sama dan meninggalkan 3 orang cahaya mata serta balu.

untitled-1

Mendiang adalah salah seorang pemain yang berkaliber, berdisplin dan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain. Mendiang mula bergiat aktif di dalam sukan ragbi seawal usia 13 tahun. Pencapaian beliau yang cemerlang didalam sukan ragbi berjaya meletakkan diri beliau di dalam pasukan kebangsaan bermula dengan mewakili pasukan kebangsaan bawah 19 tahun di kejohanan Asia Rugby U20 dan seterusnya mewakili pasukan senior kebangsaan dalam kejohanan seperti Asian Ragbi 5 Nation, Asian Ragbi Tri-Nation dan Causeway Challenge . Beliau juga terpilih sebagai salah seorang pemain bagi projek skuad ragbi SUKOM 1998. Perilaku mendiang yang sentiasa menjadi contoh kepada pemain-pemain lain ini, telah memberi kesan positif kepada pasukan ragbi kebangsaan. Kehilangan mendiang yang telah memberi jasa dan khidmat didalam mengharumkan nama negara disepanjang penglibatan mendiang dalam sukan ragbi ini, amat dirasai oleh seluruh warga ragbi Malaysia.

image1-2

Sehubungan dengan itu, Malaysia Rugby amat berbesar hati untuk menghulurkan sedikit sumbangan di atas jasa dan khidmat cemerlang mendiang. Pihak Malaysia Rugby melalui Kesatuan Ragbi Sabah dengan rasa rendah diri akan menyalurkan sumbangan berbentuk ex-gratia dan bantuan persekolahan kepada balu dan 3 anak mendiang yang kini menetap di Papar, Sabah.

img_2130

image2-2

img_2129

Leave a Reply

Next Post

Cobra Ten's finally at home.

11 November 2016 – The 46th edition of Cobra 10’s 2016 finally returns home tomorrow morning. It promise a feast from two days of action pack rugby where it will take place at Padang Astaka, Petaling Jaya. The Cobra 10’s returns to the original of “Home of Rugby 10’s” due […]

Subscribe US Now

%d bloggers like this: