Korea Selatan terlalu kuat

20 Mei 2018 – Malaysia gagal mendapatkan kemenangan pertama dalam kejohanan apabila Korea Selatan terbukti terlalu unggul untuk pasukan kebangsaan. Beraksi di tempat sendiri, Korea Selatan nyata dominan dan menetapkan tenpo awal dengan aksi barisan hadapan yang kuat yang memberikan tekanan kepada Malaysia sepanjang separuh pertama.

Korea Selatan menjaringkan 5 try dan menyempurnakan kesemua conversion untuk selesa mengetuai 35-0 pada babak pertama. Korea Selatan membuka jaringan seawal 5 minit pertama melalui try Jang Seong Min. Youn Hyung Oh menambah 2 mata lagi. Dia mempunyai perlawanan yang luar biasa dengan 8 conversion, 1 penalti serta tambahan 3 mata lagi menerusi drop goal. Dia menyumbang 22 mata untuk Korea Selatan.

Sameuela Tamanisau memberikan sesuatu yang menggembirakan buat Malaysia kerana dia melakukakan try pertama untuk Bunga Merah. Aiman ​​Jamaluddin mencuri bola dari dalam kawasan 22 Malaysia dan mempamerkan aksi cemerlang untuk melepasi pemain sayap Korea Selatan sebelum membuka ruang untuk Samuela mencetak try.

Korea Selatan kembali menguasai perlawanan dan menambah lebih banyak try pada babak kedua. Mereka boleh memngumpul lebih banyak mata jika tidak kerana kesilapan mereka sendiri.

Malaysia menambah 1 lagi try dalam perlawanan itu. Aiman ​​Jamaluddin menyudahkan dengan baik oleh gerakan Vatimio Redebe yang mengatasi 3 pemain Korea yang membuka ruang bagi Aiman ​​untuk menjaringkan try pada hujung padang.

Korea Selatan mengatasi Malaysia untukk mendapat kemenangan kedua sepanjang kejohanan itu. Mereka menewaskan Malaysia 67 – 12.

Malaysia akan menuju ke Hong Kong minggu hadapan untuk perlawanan terakhir kempen ini. Mereka perlu beraksi lebih baik untuk mencabar pasukan Hong Kong yang sangat kuat yang berharap mendapat tempat teratas.

Korea Selatan akan menghadapi Hong Kong seminggu kemudian, perlawanan yang boleh menjadi penentu kejuaraan. Juara kejohanan ini akan menghadapi Cook Island pada pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *