East Cup Derby bakal jadi acara tahunan

16 Februari 2018 – Perlawanan pertama East Cup Derby telah berlangsung pada Sabtu lepas. Pertandingan itu berlangsung di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Kota Bharu Rugby Club bertindak sebagai pasukan tuan rumah dan mereka mengalu-alukan kehadiran pasukan Marang Malin Rugby Club untuk edisi 2018.

Kejohanan itu hadir selepas perbincangan yang berjaya antara kedua-dua kelab tersebut. Perlawanan itu mencipta banyak input yang positif. Kedua-dua kelab itu merancang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan. Terengganu akan menjadi tuan rumah untuk edisi seterusnya selepas Kelantan menjadi host edisi yang pertama. Kedua-dua negeri akan mengambil giliran untuk menjadi tuan rumah pada edisi berikutnya.

Idea mewujudkna kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan pemain tempatan dari kedua-dua negeri menerusi kejohanan ini. Mereka juga ingin menyebarkan aspek positif tentang sukan itu ke arah masyarakat setempat terutama di Kelantan dan Terengganu.

Kota Bharu RC muncul pemenang dalam edisi pertama. KBRC mengalahkan Marang Marlin RC 24 – 10 untuk membawa pulang trofi dan pingat.

Foto oleh KBRC.

Start a Conversation

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *