Bunga Raya 7s perlukan lebih masa

10 Februari 2018 – Pasukan Malaysia 7s gagal untuk mencatat sebarang kemenangan dalam kejohanan pertama mereka pada 2018. Hibiscus 7s mengambil bahagian dalam satu hari iaitu “Whale” Curry Memorial Ragbi Sevens di Sydney, Australia hari ini.

Jurulatih ketua Malaysia 7, Saizul Hafifi tetap kekal positif selepas kejohanan itu. “Pemain kami masih mencari keserasian dan pemahaman di antara mereka kerana ini adalah kejohanan pertama pada 2018. Ia juga menjadi pertandingan pertama bagi kedua-dua pemain muda, Muhammad A’aziem dan Muhammad Haikal sejak diserapkan ke dalam pasukan”.

Saizul Hafifi turut gagal untuk menggunakan khidmat Muhammad Ameer Nasrun dan Badrul Mukhtee dalam rancanganannya kerana kedua mereka sedang mengalamni kecederaan.

Malaysia tewas kesemua 4 perlawanan kumpulan A. Mereka kalah 7 – 17 kepada pasukan Easts sebelum kegagalan mereka untuk menyempurnakan conversion mengakibatkan mereka tewas perlawanan kedua. Malaysia tumpas 5 – 7 kepada Penrith. Rats (Green) terbukti terlalu hebat untuk Malaysia apabila mereka membenam pasukan Malaysia 22-0. Malaysia mengakhiri kejohanan itu walaupun kekalahan keempat. Mereka menjaringkan 3 try tetapi tewas kepada HOGS 17-21.

Saizul Hafifi menambah, “Kualiti setiap pasukan dan pemain yang menyertai kejohanan ini adalah sangat baik. Ini adalah persiapan yang baik untuk Malaysia sebelum Sukan Komanwel di Gold Coast pada April ini.”

Pasukan itu bekal menyambut empat lagi pemain untuk menyertai mereka di Sydney. Siddiq Amir Jalil, Dzafran Asyraf dan Khairul Abdillah akan terbang ke Australia selepas mereka membantu UPM merangkul pingat perak pada SUKIPT 2018. Mereka akan disertai oleh Zulhisham Rasli yang terlepas Kejohanan Mick Whale Curry atas alasan peribadi.

Malaysia akan meneruskan latihan latihan mereka di Australia dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan Lake Macquarie 7s pada 17 Februari 2018.

Gambar oleh Kesatuan Ragbi Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *