Liga NS bermula minggu ini

0
207
views

12 Januari 2018 – Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang memulakan liga ragbi negeri pada 2018. Liga Ragbi Negeri Sembilan 2018 akan bermula pada 13 Januari 2018.

12 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam edisi tahun ini. Ini termasuk juara tahun lepas, Gunners RC yang berada di kumpulan A bersama IJED, Troopers RC, dan SASEROBA RC. Gunners RC akan membuka kejohanan tahun ini menentang IJED di Padang A, King George V.

Kumpulan B terdiri daripada Seremban Old Boys RC, OGA, IPG Teknik Enstek dan Lycan OB. Salah satu kelab terbesar di Malaysia, NS Wanderers berada di dalam kumpulan C. Mereka akan menghadapi Wiseguys RC, Home of Warriors (HOW), dan ANSARA Klawang.

Hanya 4 perlawanan yang akan diadakan setiap minggu dan ianya dari 2 kumpulan. Peringkat kumpulan akan berlangsung dari 13 Januari 2018 hingga 10 Februari 2018. Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 10 Mac 2018.

Semua 32 perlawanan akan berlangsung di padang King George V.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here