Pasukan mulakan persiapan untuk Liga Ragbi Melaka pertama

11 Januari 2018 – Ragbi Melaka telah mengeluarkan jadual untuk Liga Ragbi Melaka 2018. Ini merupakan kali pertama negeri Melaka menganjurkan liga ragbi 15 di bawah kesatuan negeri baru.

10 pasukan akan bersaing untuk gelaran. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 3 atau 4 pasukan di setiap kumpulan.

Liga Ragbi Melaka 15 akan bermula pada 20 Januari. 4 perlawanan akan berlangsung pada hari itu dengan 4 lagi perlawanan kumpulan akan berlaku pada hari berikutnya.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 11 Februari 2018.

Tiada berita mengesahkan lokasi untuk setiap perlawanan. Bagaimanapun, ia dijangka berlangsung di Politeknik Merlimau dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC).

Politeknik Merlimau Malaysia (PMM) merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini. The Hornets adalah pasukan satu pasukan yang baik dengan pemain yang berpengalaman bersaing dalam Liga Perdana Ragbi AirAsia Malaysia 2017.

Jadual liga dan 10 pasukan bersaing:

Lawat laman Facebook rasmi Melaka Rugby untuk maklumat lanjut

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *