Giliran pasukan 7s manfaatkan ISN

0
431
views

5 December 2017 – Pasukan Malaysia 7 telah mengadakan sesi latihan pertama di Institut Sukan Negara (ISN) semalam. Itu adalah permulaan fasa pertama latihan persiapan mereka untuk pertandingan – pertandingan besara pada 2018.

Semua 20 pemain yang menerima panggilan menghadiri sesi tersebut. Pasukan yang turut terdiri daripada 12 pemain pada SEA Games Kuala Lumpur 2017 akan mempersiapkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada 2018.

Tumpuan mereka dalam latihan di ISN akan lebih kepada kekuatan dan penyesuaian mereka. Para pemain turut aktif bermain untuk kelab mereka di beberapa pertandingan tempatan sebelum sesi latihan ini. Kebanyakan mereka datang ke fasa pertama dalam keadaan fizikal yang sangat baik.

Pasukan 7s hanya akan menyertai kejohanan pertama mereka pada Januari 2018. Mereka juga hanya akan memulakan sesi bersama ketua jurulatih, Encik Saizul Hafifi minggu depan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here