From Our Lens – SSTMI – Juara perlukan sokongan

9 November 2017 – Apabila kita bercakap tentang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, setiap peminat ragbi di seluruh Malaysia tahu betapa pentingnya sekolah itu dalam menghasilkan pemain – pemain yang hebat yang mampu untuk bermain untuk Malaysia.

9 daripada 12 pemain kebangsaan yang mengantongi pingat Emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah produk SSTMI. Ini menunjukkan kualiti tinggi para pemain yang dihasilkan oleh barisan kejurulatihan dan pengurusan sekolah ini.

SSTMI adalah satu-satunya sekolah yang disenaraikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di bawah Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) di Malaysia. Mereka memenuhi status itu dengan mendominasi pelbagai kejohanan pada tahun 2017.

Few could stop SSTMI when they are on song

U19 / U20
Plate Runner-up – Asia Rugby Under 20 Sevens Series
Quarter Final – Liga Ragbi AirAsia Malaysia
Champion – 7s Kebangsaan
Semi Final – Ragbi Antarabangsa 7s Langkawi
Semi Final – NS Royal 7s
Champion – Arau 7’s

U18
Runner Up – 7s Kebangsaan
Plate Runner Up – Ragbi Antarabangsa 7s Langkawi
Bowl Champion – NS Royal 7s
Tempat Ketiga – Arau 7s

Di bawah 17 tahun
Champion – MCKK 7s
Champion – Salbros 7s
Semi Final – Ragbi Antarabangsa 7s Langkawi
Bowl Champion – NS Royal 7s

Pasukan U16
Runner Up – Karnival Ragbi Johor 7s
Runner Up – NS Royal 7s
Tempat Ketiga – Arau 7s
Champion – Allied Pickfords 15s
Champion – Super KGV 10s Antarabangsa

7 years old broken tackling bag

Tidak ramai yang mengetahui keadaan sebenar mereka. Pasukan ragbi SSTMI kekurang dari segi dana dan peralatan untuk program latihan. Mereka masih mampu untuk menyertai pelbagai kejohanan dan memenanginya dengan bantuan para ibu bapa, kawan dan peminat ragbi tempatan.

Segalanya mungkin buat sekolah ini andai dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan dan dana secukupnya. Mereka boleh membuat persediaan yang lebih baik dengan peralatan yang bersesuaian. Status selaku satu-satunya sekolah berprestasi tinggi harus dipadankan.

SSTMI adalah rujukan untuk semua sekolah ragbi yang lain di Malaysia. Mereka juga menerima banyak permohonan untuk datang ke tempat mereka dan berlatih bersama dan mereka menerimanya dengan tangan terbuka walaupun tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.

Adalah baik untuk melihat pasukan ini memanfaatkan sepenuhnya apa yang mereka ada. Adalah lebih baik untuk melihat jika mereka dapat memaksimumkan potensi mereka dengan sokongan yang betul dari mereka yang sepatutnya terlibat.

Semoga berjaya SSTMI Tsunami untuk tahun 2018.

Seperti yang diperkatakan oleh para jurulatih ragbi, “ada ada, tak ada tak ada, anggap selasai”

Gambar dari Encik Syed Shazril dan Zainuddin Mamat / Ragbionline

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *